SELSEMA BURUNG
"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung." "Saya tahu,"jawab doktor. "Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat. Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah." "Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu. "Dia telah mencium pembantu rumah kami." "Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin." "Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu." "Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu." "Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya." "Celaka,"jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti."************************************************************************************
SERAH PADA YANG DI ATAS
Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar. Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki.. Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"
************************************************************************************
Lawak Papan Tanda
Duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju,seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja. Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain". Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat. Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju..kenapa ditahan?" "Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain" "lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan. "Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda.[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah. Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu,wanita itu mengucapkan terima kasih atas penjelasan itu. " Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan...adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan "oh...jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."
*************************************************************************************
Will u marry me
kat tapak kasut tu tulis 'help me'
***********************************************************************************
I think I'm a chicken
Psychiatrist: What's your problem?
Patient: I think I'm a chicken.
Psychiatrist: How long has this been going on?
Patient: Ever since I was an egg!*************************************************************************************
KISAH BETUL BERLAKU D AMPANG
> Kisah betul ini berlaku kat Ampang... Kisah benar yang berlaku 2 tahun > lepas(diceritakan oleh kawan baik kepada lelaki yang bernama Amir (nama > samaran)...utkdijadikan teladan bagi kita yg masih hidup > Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan > di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana > kawan aku ini seorang salesman kereta. > Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya > melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak > perempuan > kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan > di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu > jika dia balik ke rumah. > > Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit > antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini > dengan seadanya. > > Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk > majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa > Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point, dia kena langgar > kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu > pun > dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana > tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn > lelaki kesayangannya. > > Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, Seorang nenek tua > meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan > itu, > kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan > tersebut tidak mengendahkannya. > > Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama > iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju > pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan > berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak > megendahkannya. > > Malam ke tiga, -perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti > ayah > dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. > Dalam ketakutan y ang amat sangat, diap un pergi membasuh baju itu dan > macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada... > > Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua > menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak, malang akan > menantinya..Bia bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut > sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap > adaa... > > Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bila pintu belakang > rumahnya > di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun > pengsan.. > > Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menguhurkan > benda > yang berwarna biru... > Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini...?" > > > Ni lah Sabun Basuh Cap Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang... > err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat > kedai..... kat Giant pun ader!!!! ..............ahaks!! > > > hehehehhhhehehehh...... > > > Jangan marah eden pun terkenajuga....hehhe *************************************************************************************
PERIHAL FILEM2
Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.
Drama/Filem Melayu
1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi
Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.
2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished.
Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home
work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).
3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi
pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai
bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul
cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".
4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING,
tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen
kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).
5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog
wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan
ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).
6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau
lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab
atau Mak Jah.
7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak
pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar,
tutup pintu pagar.
8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah
sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).
9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan
pakai bracelet.
10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.
Drama/Filem Cina.
1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan
kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.
2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah
lengan besar jubah dia.
3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.
4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.
5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.
6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam
filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....
7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.
8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling
mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).
9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air
paip.
10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.
Drama/Filem India/Hindustan.
1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh
orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor
Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang
dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri
melalui tanda parut.
2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.
3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan
Heat
4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.
5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan
tukul besi.
6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.
7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu
kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu
lagu.
8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.
9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh
' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla....bla....bla...'.
10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik
ramai plak yang tunggu sampai abih.
Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem.