24 perkara yang JANGAN kita lakukan sebagai orang islam
perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah
sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.
Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan
yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita
dapat memuhasabah diri sendiri.
1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini
tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan
mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah
atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi
kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki
mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu
keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca
BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti
makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat
kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati
dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan
pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati
kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak
buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu
bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh
merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada
ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti
sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu
memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang
orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan
kerana doa makhluk yang teraniaya cepat
dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya.
Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama
kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana
asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan
salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan
syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T.
tidak sempurnakan agama seseorang itu jika
memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri
kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata
'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan
kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.
~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan
yang buruk itu dari hambanya juga ~